 |
[Tentang Aku]
c-iraFemale Malaysia
[Waktu]
[Bicaramu...Bicaraku]
[Bicaramu & Aku]
[Masa Lalu]
===============================
[Kisah Mereka]
Asura
CrystalGurl
CrsytalGall Web
Xie-Sayang
NagaCute
Ali Imran
Kak Noamie
[Web Kawan]
Friendster
Myspace
Myrakan
Hi5
[E-mail]
Yahoo
Hotmail
MyMasjid
[Jom Baca]
Berita Harian
Utusan Malaysia
Harian Metro
Malay Mail
New Straits Times
[Dari Dia Untuku]
===============================

|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Wednesday, July 12, 2006
Pagi ini cuaca kelihatan sungguh indah. Bagaikan tenangnya embun pagi. Seperti biasa, aku melakukan rutin harianku. Bangun seawal 5.30 pagi, mandi dan menunaikan solat Subuh. Selesai bersolat, aku bersiap-siap untuk ke kuliah. Hari ini hanya ada satu kuliah, kuliah Prof. Hamdan. Itu pun dari pukul 8 hingga 10 pagi. Lepas tu bolehlah aku kembali ke bilik untuk menunaikan hajatku. Tidurlah...apa lagi? Setelah hampir seminggu aku bergelumang dengan tugasan-tugasanku yang berlambak itu, akhirnya hari ini dapatlah aku membalas dendam.
Jam di dinding menunjukkan puykul 7 pagi. Aku haris bergegas. Walaupun asramaku hanya beberapa kilometernya sahaja dari kampus, namun aku tidak harus berlengah. Teman sebilik dan juga sahabat baikku, Syikin masih lena dibuai mimpi indah. Nak dikejukkan pun kesian rasanya. Tak apa lah, lagipun Syikin tak ada kuliah hari ni. Aku memandang cermin. Ok lah dah cantik. Kataku sendirian dan tersenyum.
Aku keluar dari bilik denan langkah yang ceria. Kata ibuku, setiap hari harus dimulakan dengan langkah yang ceria kerana setiap hari itulah yang akan menentukan betapa ceria dan bahagianya hidup kita. Dan agar Allah S.W.T sentiasa memurahkan rezeki kita. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Azlan! Merangkap teman baikku, teman sekuliahku dan lebih tepat teman lelakiku. Azlan seorang yang baik, bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Sudah hampir tiga tahun kami menjalinkan kasih, tapi dia tak pernah sekalipun menyakiti hatiku. Aku teramat sayang dan cinta kepadanya.
“Hai sayang, tengah buat apa tu?” Hai Lan, Tisya dalam perjalanan ke bilik kuliah ni. Lan dah sampai ke?” “Huh...dah lama Lan sampai. Awak tu jalan kaki, Lan ni naik motor. For sure la Lan yang sampai dulu.” Lan mentertawakan aku. “Amboi Encik Azlan ni, bukan main berlagak yer! Takper.....nanti suatu hari Tisya naik kereta, baru boleh agak siapa yang sampai dulu tau.” Masing-masing memecahkan ketawa.
Begitulah kami setiap hari. Ada saja cerita yang nak kami kongsikan antara satu sama lain. Dan setiap hari jugalah kasih yang kami semai bertambah mendalam. Nak pula dengan hadirnya lawak jenakan dan senda gurauan. Setelah tamat perbualan kami di telefon, aku pun meneruskan perjalanan.
“Baiklah semua...kini tamatalah kuliah kita pada hari ini. Tapi, jangan lupa pulak buat assignment yang saya bagi tu, ok?” Suara Prof. Hamdan, pensyarah ekonomi kami memecahkan kesunyian bilik kuliah. “Baiklah Prof.” Serentak kami menjawab, walaupun ada di antaranya mengeluh. Seperti selalu, aku akan menghabiskan masa dnegan Lan sebelum pulang ke asrama. Kami akan duduk di kafeteria sambil membincangkan apa yang yang sepatutnya. Tapi, hari ini kelakuan Lan pelik sedikit. Tak tahulah kenapa.
Setelah memesan minuman, kami pun memilih tempat duduk. Azlan memilih tempat di sudut hujung sekali, berdekatan dengan pancutan air terjun mini. Katanya, dia ingin membincangkan sesuatu yang kepentingannya untuk masa depan kami bersama. Tanpa banyak bicara, aku mengikutnya ke tempat duduk.
“Tisya, Lan nak beritahu Tisya sesuatu. Tapi, Lan harap Tisya dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Lan tahu lan bersalah, dan kalau Tisya nak pukul atau hukum Lan selepas mendengarnya, Lan sanggup terima.” Aku terpinga-pinga. “Lan, kenapa ni? Pagi tadi elok je. Salah apa yang telah Lan buat sampai Lan jadi serius begini. Setahu Tisya, kita tak pernah ada problemkan?” Aku bertanya untuk kepastian. Azlan mengeluh panjang. Dadaku mula berdebar dan kepalaku mula memikirkan sesuatu yang tidak elok akan berlaku. Aku beristigfar di dalam hati. Aku harus bersikap tenang.
“Tisya, sebenarnya hal ini dah berlaku semenjak sebulan yang lalu. Masa tu Tisya pulang bercuti di kampung. Lan rasa rindu sangat dengan Tisya. Kebetulan hari itu jugalah Pak Long yang paling rapat dengan Lan meninggal dunia.” Lan terdiam sejenak. Menarik nafas panjang. Aku menanti Lan menyambung ceritanya. “Masa tu hanya Syikin di sisi Lan. Dialah yang berusaha sedaya upaya untuk menenangkan hati Lan. Lan cuba call Tisya, but tak dapat. Tisya pun tahu kan, di kampung Tisya talian telefon bimbit memang susah nak dapat. Lan call ke rumah, tapi pakcik memberitahu yang Tisya ke rumah nenek. Lan betul-betul buntu. Lan hilang arah. Dan waktu tu.........” Lan tak dapat meneruskan kata-katanya. Terpancar riak kesal di wajah Lan. Aku memegang erat tanganya. Lan menyambung bicara. “Waktu tu Lan telah melaukan sesuatu bersama Syikin.” Aku terkesima. “Lakukan apa Lan? Tolonglah berterus-terang.” Pintaku. “Berbagai cara Syikin cuba untuk tenangkan hati Lan, tiba-tiba tanpa kami sedari, kami telahpun melakukan perbuatan yang terkutuk.” “Ya Allah Lan!” Aku terkejut. Fikiranku menerawang entah ke mana. Yang ada dalam fikiranku hanya tergambar perbuatan curang Azlan dan Syikin. Astaghfirullalalazim. Tanpa di duga air mataku jatuh satu persatu membasahi piupi. Aku membatukan diri.
Lan menghampiri dan mengesat air mataku. “sayang, maafkan Lan. Kami betul-betul tak sedar apa yang kami lakukan. Waktu itu yang hanya ada dalam fikiran Lan hanyalah Tisya. Betapa berdosanya Lan pada Tisya dan cinta kita. Lan betul-betul menyesal. Sayang, tolonglah katakan sesuatu. Tolong maafkan Lan dan Syikin. Dia tak bersalah. Yang bersalah adalah Lan. Tolong Tisya, Tisya buatlah apa saja, marah atau pukul, Lan terima. Tetapi, tolong jangan tinggalkan Lan. Jangan purtuskan kasih kita.” Aku bangun. Tanpa bicara, aku meninggalkan Lan yang kebuntuan dan berjalan pulang ke asrama.
Dalam perjalanan, aku memangis dengan sepuas-puasnya. Tanpa henti. Tangisanku terus bersambung apabila ku melihat wajah Syikin di bilik asrama. Syikin kehairanan. Aku memandang sayu padanya. Mungkin dapat mengagak yang aku telah tahu segalanya, Syikin terus memelukku dan meminta maaf. Aku tetap membisu. Ingin sekali aku menampar muka Syikin, tapi, aku tahu aku tak seharusnya bersikap demikian. Aku harus terima dengan tabah demuanya ini. Aku harus hadapinya dengan tenang. Terus aku memeluk erat Syikin. Dia tidak bersalah. Dia telah menjadi mangsa keadaan dan lebih teruk lagi kesuciannya telah tercemar.
Malamnya, selesai bersolat Isyak, aku bersolat hajat meminta petunjuk dariAllah Yang Maha Esa. Apa yang harus aku lakukan? Menerima Lan dan melupakan semua yang terjadi? Atau menyerahkan Lan kepada Syikin yang telah diragut kesuciannya? Aku buntu. Aku menadah tangan meminta bantuan Allah S.W.T. “Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima dugaan ini dan berilah aku petunjuk apa yang harus aku lakukan. Sesunggunya aku insan yang kerdil di sisiMu. Bantulah aku, agar aku dapat membuat keputusan yang seadil-adilnya bagi ketiga pihak. Amin.”
Seminggu aku mendamkan diri. Kini aku rasakan telah tiba masanya untuk aku menyatakan keputusanku. Keesokkannya aku meminta Azlan dan Syikin untuk menemuiku di kafeteria. Tepat pada masanya, kami bertemu. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan perhubungan aku dengan Azlan. Aku sanggup membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Lan begitu gembita dan berjanji akan hanya setia pada diriku. Syikin pula amat gembira kerana dia bukanlah penyebab untuk aku dan Azlan memutuskan kasih yang telah lama terjalin.
Hidupku kembali bahagia. Harei-hariku kembali berwarna-warni. Hubungan aku dengan Lan semakin erat. Bunga-bunga cinta kami semakin mekar. Begitu juga dengan Syikin, kami bertambah rapat, malah lebih rapat dari dulu.
Petang ini aku bertemu Lan di gelanggang bola keranjang. Katanya ada hal yang hendak dibincangkan. “Tisya, ada sesuatu yang ingin Lan katakan.” Lan memulakan bicara. “Yer Lan, ada apa?” “Tisya, dah lama kita menjalinkan kasih dan dah cukup tersimpul rapi cinta kita. Semester terkahitr kita pun dah selesai. Lan rasa dah tiba masanya untuk Lan melamar Tisya menjadi suri hidup Lan. Tisya, sudikah Tisya menjadi isteri Lan dan ibu kepada bakal anak-anak Lan?” kata Lan sambil melutut dan ditangannya ada sebentuk cincin emas bertatahkan batu nilam biru kesukaanku.
Tidak pernah aku menduga yang petang itu Lan akan melamarku. Patutlah semalam Lan beria-ia sangat mengajarkan berjumpa. Tanpa sedar aku memeluk Lan dan mengungkapkan kesudianku menjadi teman hidupnya. Lan melonjak kegembiraan sambil memelukku erat. Alhamdulillah, akhirnya aku dan Lan bakal mendirikan mahligai yang selama ini diimpikan.
Aku berjalan pulang ke bilik asrama dengan rasa ceria tergambar di birai mataku hari bahagia yang bakal menjelang. Setibanya aku di bilik asrama, aku terus menjerit memanggil Syikin. Namun tiada jawapan. Ingin aku kongsikan kegembiraan i9ni dengan Syikin. Tak apa lah, mungkin Sayikin dah keluar. Aku pun meletakkan beg tanganku dan menuju ke bilik air. Sesampainya aku di situ, aku terkejut. Syikin pengsan. Kaget aku. Aku terus memanggil penjaga asrama untuk membantuku. Kami segera membawa Sayikin ke klinik yang berdekatan. Di klinik, Syikin tersedar. Mujurlah Syikin tidak alami kecederaan.
“Doktor, bagaimana dengan keadaan kawan saya?” Doktor hanya tersenyum. “Kawan awak tak apa-apa. Cuma dia lemah sedikit. Biasalah kandungannya baru memasuki usia 9 minggu. Aya nasihatkan agar kawan awak lebih bayak berehat dan berhati-hati.”
Kandungan? 9 minggu? Aku terkejut. Bagai bergegar lantai yang aku pijak sekarang. Astaghfirullahalazim....Ya allah, dugaan apakah ini? Adakah ini hasil dari perbuatan Lan 3 bulan yang lepas? Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, aku menangis. Menangis dan terus menangis. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan. Syikin hanya memandang lesu padaku. Namun, dei sahabat baikku, akau gagahkan juga kakiku menuju ke arahnya sambil mengesat air mata kedukaan.
Setelah membawa Syikin pulang ke asrama dan menidurkannya, aku termenung sendirian. Adakah aku harus berkorban? Atau adakah aku patut biarkan Azlan sahaja yang membuat keputusan? Tapi...tidakkk...aku tidak boleh biarkan Azlan membuat keputusan. Kerana aku yakin, pasti Azlan memilihku dan meninggalkan Syikin keseorangan menanggung natijah perbuatan mereka.
Semalaman aku tidak dapat lelapkan mata. Sekali lagi aku memohon petujuk dari Yang Maha Esa. Aku perlu membuat keputusan yang terbaik.
Pagi-pagi lagi setelah memunaikan solat Subuh, aku mengejutkan Syikin. Aku mengajak dia untuk bersarapan bersamaku. Syikin memegang tanganku. “Tisya, takkan kau tak marah dengan kejadian ini?” Tanya Syikin kehairanan. Aku hanya membalasnya dnegan senyuman walaupun senyuman yang tawar. Setelah itu, aku menghubungi Azlan untuk berjumpa kami di kafeteria.
Di kafeteria keaddan sunyi sepi. Maklumlah, baru pukul 7 pagi. Setelah mem4san minuman, aku memulakan bicara. “Lan, Tisya tahu Lan sayangkan Tisya dan Tisya juga amat mengasihi Lan. Tisya juga menyayangi Syikin seperti saudara kandung sendiri. Lan, bukan niat Tisya untuk mengungkit kejadian hitam tiga bulan yang lepas, tapi keadaan yang memaksa.” Azlan kehairanan. Syikin mula menitiskan air mata. Aku meneruskan bicara dengan tenang. “Lan, semalam Syikin pengsan di bilik air. Dengan segera Tisya membawanya ke klinik. Doktor yang memeriksa memberitahu Syikin lemah dan perlu menjaga kandungannya sebaik mungkin.” Sudu teh yang dipegang Lan terlucut dari tangannya. Aku senyum hambar. “Lan, Lan pun tahu siapa yang patut bertanggungjawab. Tisya tak nak Lan jadi orang yang kejam. Oleh itu, Tisya rasa lebih baik Tisya mengundurkan diri demi kandungan Syikin. Lan, tolonglah jaga dan sayangi Syikin sebagaimana sayangnya Lan pada Tisya.” Lan memegang erat jemariku. “Tidak Tisya! Tisya tak boleh buat keputusan begini. Tolonglah, Lan cintakan Tisya. Bagaimana dengan lamaran yang telah Tisya terima semalam?” Aku melepaskan genggaman tangan Lan. “Lan, lupakan tetang lamaran semalam. Luapakan janji-janji kita untuk bersama. Syikin dan baby tu lebih perlukan Lan. Tolonglah sayang, terimalah mereka sebagai bukti kasih Lan untuk Tisya.” Tak tertahan lagi air yang bergenang di kelopak mataku, terhambur jua. Syikin hanya membisu dan menangis teresak-esak. Azlan juga terdiam.
Keadaan menjadi hening. Aku tahu aku harus tamatkan episod cinta ini secepat mungkin. Aku bangun dan menuju ke arah Syikin. Aku memeluknya sambil berkata, “Syikin, aku relakan kau dan Lan bersatu. Jagalah dirimu dan kandungan ini sebanik-baiknya,” Tangisan Syikin semakin kuat. Aku beralih pula ke arah Lan. Aku memegang jari-jemarinya dan mengesat air matanya. “Lan, doakan agar satu hari nanti Tisya akan bertemu juga dengan kebahagiaan. Jaga dirimu baik-baik sayang.” Dan aku mencium pipi Lan untuk terakhir kalinya.
Setelah meleraikan genggaman tangan Lan, aku beredar pergi. Pergi demi ebahagian insay yang ku sayang. Pengorbanan ini terlalu pahit tapi aku pasti ada cahaya kegembiraan di hujungnya. Lan dan Syikin, aku doakan kebahagian kalian berdua. Kakiku terus melangkah menuju destinasi yang belum pasti.
 Secebis bicara dari c-ira ~ 7:03:58 pm
Permalink
Thursday, June 29, 2006
Krriinggggggggg!!!!! Krinngggggggg!! Telefon pejabatku berbunyi. “Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Amira?” Terdengar suara asing di hujung talian. “Ya, saya Mira, siapa di sana tu?” “Saya Faizal, dari Damansara. Sebenarnya saya ni secret admire awak. Boleh saya bersahabat dengan Mira?” Dia bertanya lagi. Haaa…secret admire? Mustahil. Ntah dari mana datangnya lelaki nie, alih-alih jadi peminat misteri konon. Huh…….Aku mengomel sendirian. “Hello….hello Mira.” Bertalu-talu dia memanggilku. Aku tersedar dari lamunan. “Ah yer, saya masih di sini. Faizal? Rasanya tak pernah pulak saya dengar nama awak sebelum nie. Dari mana awak dapatkan nombor telefon saya?” Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian. “Emm..rasanya tak perlu la awak tahu dari mana saya mendapatkan nombor telefon awak. Yang penting saya ikhlas nie.” “Iyer ke ikhlas? Tapi, mustahil saya akan menerima awak sebagai kawan, sedangkan saya tak tahu pun asal-usul awak. Baik awak bagitau saya, sape sebenarnya awak nie!” Aku semakin berkeras dengannya.
Setelah didesak, dia pun menceritakan segalanya. Namanya Muhammad Faizal Bin Haji Harun. Berasal dari Negeri Sembilan dan bekerja di Damansara. Umurnya 26 tahun. Katanya lagi, dia mula berminat untuk mengenaliku semenjak kali pertama lagi bersua di mesyuarat antara syarikat tempat kami bekerja. Lalu, tanpa pengetahuanku, dia meminta nombor telefon pejabatku melalui operator syarikat. Memandangkan dia begitu beria-ia hendak menjalinkan persahabatan denganku, lantas aku pun menerima salamnya dengan hati yang terbuka.
Dari hari menjangkau ke bulan, persahabatan kami semakin terjalin rapat. Sifatnya yang suka berlawak dan bergurau membuatkan aku sentiasa ceria.
Sehinggalah di suatu hari, sedang aku menikmati sarapan pagi, mama bertanyakan soalan yang tidak pernah aku duga. “Mira, setiap malam ada je panggilan untuk Mira. Siapa tu? Buah hati yer? Kenapa la tak bagitahu mama yang anak mama nie dah ada buah hati?” Terkejut aku dibuatnya. Dengan rasa malu, aku menjawab, “Mana ada la mama. Dia tu kawan je. Katanya peminat misteri Mira….namanya Faizal. Dah hampir lima bulan kami berkawan”. “Macam mana orangnya, Mira? Dah jumpa ke belum? Kacak tak?” Mama bertanya penuh minat. “Belum la mama. Nanti la dulu. Satu hari nanti, Mira akan jemput dia ke rumah kita untuk berjumpa dengan Mira, papa dan mama sekali. Ok?” Aku senyum manja pada mama. Mama hanya tergelak memandangku.
Malamnya, aku menerima panggilan dari Faizal. “Assalamualaikum Mira, apa khabar hari nie?” “Waalaikumusalam, saya sihat alhamdulillah.” Jawabku penuh riang. “Mira, boleh saya berkata sesuatu?” Faizal memulakan bicara. “Apa dia Faizal?” Terdengar keluhan resah Faizal. “Mira, saya sukakan awak. Dari sehari ke sehari, perasaan rindu ini bertukar menjadi sayang. Dah lama saya pendamkan. Tetapi untuk meluahkannya…saya takut awak tidak dapat menerima luahan hati saya ini. Mira, sudikah awak menerima saya di dalam hidup awak? Saya ingin sekali menggenggam jari-jemari awak sepanjang hidup saya.” Aku tergamam. Aku akui, aku juga telah mula sayangkan dia. Tapi, aku….bukankah terlalu awal untuk aku menyayangi dia? Bagaimana pula perasaan sayang boleh wujud, sedangkan kami belum pun bersua muka..hanya suara yang menemani diri. Ahh….bingungnya. Seribu soalan bergolak di fikiranku. “Mira, are you still there?” Aku tak tahu lagi apa yang harus aku katakan. Lantas aku memintanya untuk memberikanku sedikit waktu untuk berfikir. Aku juga mahukan sebuah pertemuan untuk aku membuat keputusan yang terbaik bagi diriku. Faizal bersetuju. Selepas mengucapkan salam, aku terus memutuskan talian tanpa menunggu balasan darinya.
Malam itu, aku tak dapat melelapkan mata. Puas aku mencuba, namun gagal. Aku biarkan mataku melayan perasaan hati dan akhirnya terlelap juga.
Pagi ini aku bangun lebih awal dari kebiasaannya. Setelah menunaikan solat Subuh, aku keluar untuk berjogging di kawasan rumahku. Tetapi, sebaik sahaja aku membuka pintu, sejambak mawar merah menjadi tetamu pagiku. Aku mencapai jambangan tersebut. Aku tatapi setiap bait-bait indah yang ternukil di nota:
Sayangku Amira Balqis,
Maafkan Faizal kerana mengganggu pagimu. Tetapi inilah tanda kasih sayang Faizal terhadap Mira. Sebagaimana mekarnya jambangan mawar merah ini, begitu jugalah mekarnya ingatan dan sayang Faizal terhadap Mira. Diharap Mira sudi menerima jambangan hati ini.
Yang Merinduimu,
Muhammad Faizal Hj. Harun
Aku menatap dan mencium jambangan mawar merah itu berkali-kali. Tidak tahu mengapa, tapi yang pasti aku gembira dan tersenyum menerima jambangan hati Faizal. Semenjak dari itu, setiap hari aku menerima jambangan bunga dari Faizal. Malah dari sehari ke sehari, jambangannya semakin besar. Kata Faizal, semakin besar jambangan bunganya, semakin dalam jugalah cintanya padaku.
Tibalah hari untuk kami bertemu. Pertemuan pertama dirumahku. Aku menjemputnya makan malam di rumah dan sekaligus untuk memperkenalkan kepada mama dan papaku. Tanpa sebarang alasan, Faizal bersetuju. Malam itu aku sungguh gembira kerana segalanya berjalan dengan lancar. Mama dan papa juga menyukai Faizal. Kata mereka, Faizal seorang yang baik budi bahasanya. Aku terasa bahagia sekali.
Dari pertemuan yang pertama ke pertemuan-pertemuan yang seterusnya mengakrabkan lagi perhubungan kami. Genap usia perhubungan kami lapan bulan, aku sambut cinta Faizal. Hatiku terasa amat sayang dan cintakannya. Setiap kata-katanya memberi semangat kepadaku. Petah bicaranya membuat hatiku bak pelangi, senantiasa ceria. Aku tersenyum sendirian. Faizal, betapa bertuahnya aku memilikimu
Malam tadi Faizal menghubungiku. “Assalamualaikum Mira.” “Waalaikumusalam.” Jawabku ceria. “Mira, hujung minggu nie, Faizal nak pulang ke kampung dan Faizal merancang untuk menceritakan segala-galanya tentang kita kepada keluarga Faizal. Lepas itu pandai-pandai la Mira menyediakan apa yang patut yer.” Aku terkejut. “Ha…menyediakan apa yang patut? Maksud Faizal…?” “Ye sayangku Mira, Faizal nak bawa rombongan meminang dan sekaligus bertunang bunga comel nie untuk Faizal.” Mendengarkan katanya, kami sama-sama tergelak. Girangnya hatiku tak terkira. Terima kasih Faizal. Akhirnya dapat juga kita disatukan.
Sudah tiga hari Faizal pulang ke kampung. Namun aku masih belum dihubungi. Tiba-tiba handset ku berbunyi. Terdengar suara Faizal di hujung talian. “Assalamualaikum sayang, apa khabar?” dengan nada yang geram aku menjawab, “Waalaikumusalam, saya sihat. Aii…Encik Faizal baru teringat kat saya ke? Faizal tau tak, setiap hari Mira menunggu panggilan dari Faizal. Bila Mira call handset Faizal, asyik tak dapat je. Mira rindu sangat dengan Faizal. Sampai hati Faizal buat Mira begini!” kedengaran ketawa Faizal. “Jangan la marah sayang, nanti berkedut muka tu. Faizal ok la. Dalam masa tiga hari nie Faizal gunakan sepenuhnya untuk berbincang dan menyiapkan barang-barang hantaran untuk Mira, Mira tunggu yer, hujung minggu nanti Faizal datang dengan tiga buah kereta.” “Mak aii…..ramainya Faizal.” Faizal ketawa lagi. Ntah kenapa Faizal lain benar malam ini. Mungkin kerana terlalu gembira. Jadi aku biarkan saja walaupun ketawanya tak henti-henti. “Mira, Faizal nak pergi meminang. Bukan nak pergi ke ‘sana’. Kalau pergi ke ‘sana’, memanglah Faizal kena pergi seorang diri.” Aku terkejut. Tanpa sedar ada air mata yang bergenang di kelopak. “Faizal, tak baik cakap macam tu. Faizal tak sayangkan Mira ke?” “Laa….Mira, nape cakap macam tu pulak? Faizal sayang sangat pada Mira tau. Ok la, Faizal tarik balik kata-kata Faizal tadi. I am so sorry my dear.” Faizal ketawa lagi. “Ok la, kita jumpa hari minggu nie yer. Bye!” Faizal terus mematikan talian tanpa sempat aku mengungkapkan betapa sayang dan rindunya aku kepada dia. Aku termanggu sendirian.
Tanpa membuang masa aku memberitahu mama dan papa tentang niat suci Faizal. Dalam masa yang singkat, sempat juga kami menyediakan segala peralatan pertunangan. Saudara-mara juga telah dihubungi.
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Aku didandan cantik oleh Mak Ngah, yang juga merupakan Mak Andamku. Aku menunggu dengan penuh sabar. Masa berjalan, Faizal lambat dari waktu yang ditetapkan. Mama hanya tersenyum melihatkan kelakuanku. Tak senang duduk aku dibuatnya. Yang mampu aku lakukan hanya berdoa agar segalanya selamat.
Tiba-tiba papa masuk ke bilikku. “Mira, mereka dah sampai. Mira keluar kejap nak.” “Baiklah papa.” Dengan senyuman manis aku keluar ke ruang tamu. Aku lihat mama dan papa memandang sayu kepadaku. Hatiku terdetik melihatkan pandangan mereka. Aku terlihat pula rupa-rupa yang tidak ku kenali. Mungkin inilah ahli keluarga Faizal, dengan pantas aku melontarkan senyuman. Mereka membalasnya, tetapi hambar.
Seketika mataku tertumpu pada sekujur tubuh kaku di tengah-tengah ruang tamu rumahku. Tubuh yang tidak bergerak dan berselimutkan kain putih dengan kesan darah sana sini. Aku tergamam. Aku menoleh ke arah mama. Mama segera mendapatkan dan memelukiku. Tanpa sedar air mataku bercucuran. Tetapi….tidak! tidak!. Aku mesti dapatkan kepastian. Sebelum sempat aku bertanya, seoarang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai abang Faizal, Firdaus, memulakan bicara. “Mira, maafkan abang. Sebenarnya kami dah tiba di KL pada waktu yang dijanjikan, beserta dengan segala peralatan pertunangan kamu berdua. Faizal memandu bersendirian. Sementara abang dan keluarga yang lain menaiki dua buah kereta yang berasingan. Tiba di satu selekoh tajam, Faizal tidak dapat mengawal kenderannya, lalu terlanggar lori dari arah yang bertentangan. Kami segera membawa Faizal ke hospital, dengan harapan dia dapat diselamatkan, tetapi……..” Abang Firdaus tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Seluruh rumah sunyi sepi, yang terdengar hanya esak tangisan. “Boleh Mira lihat mayat Faizal, abang Firdaus?” “Boleh Mira.”
Aku membuka kain yang menyelimuti tubuh Faizal perlahan-lahan. Aku tatapi wajah putih bersih Faizal. Aku cium kedua pipi dan dahinya. Aku peluk tubuh kaku Faizal seeratnya. Terasa tak ingin aku meleraikan pelukan itu…tetapi apa dayaku. Aku menangis sekuat hati. “Fazal……Faizal!! Kenapa Faizal tingalkan Mira?” Abang Firdaus menghamipirku. “Sabar Mira, sabar. Ini semua ketentuan Yang Maha Esa, kita harus terima dengan redha dik.” Aku menangis lagi. “Mira, ini ada hadiah dari Faizal. Kata arwah, ini hadiah istimewa untuk hari pertunangan kamu berdua. Tapi, dia tak sempat untuk menghadiahkannya sendiri kepada Mira. Ambil la.” Aku mengambilnya. Di atas sekeping nota tertera:
Sayangku Amira……
Maafkan Faizal kerana meninggalkanmu tanpa sebarang kata. Maafkan Faizal kerana mengingkari janji kita untuk hidup bersama. Faizal juga tak sanggup untuk berpisah denganmu, sayang. Tetapi kita tidak dapat melawan takdirNya. Sayang, terimalah hadiah ini sebagai tanda ingatan kasih abadi kita. Ingatlah sayang, cinta kita adalah cinta yang teristimewa. I love you forever my cute princess.
Kekasihmu,
Faizal.
Dengan sebak aku membuka balutan hadiah tersebut. Di dalamnya terdapat sebuah bingkai gambar yang cantik beserta dengan sekeping gambar yang telah dicantumkan. Gambar aku dan Faizal. Ntah bila Faizal sempat mengambil gambarku…aku sendiri tidak menyedarinya. Di belakang bingkai gambar tersebut tertulis ungkapan terakhir dari Faizal.
‘Cinta dan kasihku nan abadi. Tercipta hanya buatmu sang puteri. Aku teramat mencintaimu Amira Balqis.’
Sayang, Faizal.
Air mataku mengalir deras.
 Secebis bicara dari c-ira ~ 9:56:56 pm
Permalink
Sunday, June 25, 2006
Penghujung Mei 2004
Eeeeeeeiiitttt!! Banggggggg!!
Ayah kemalangan lagi. Kali ini dah masuk kali ke-4 ayah kemalangan. Dan kali ini dengan penunggang motosikal pula. Kalaulah aku tidak silap sepanjang 13 tahun ayah memandu bas sekolah, minggu inilah merupakan minggu yang paling banyak ayah ditimpa kemalangan. Kami sekeluarga tertanya-tanya kenapa ayah jadi begini. Selalunya ayahlah yang paling berhati-hati tika memandu. Namun, apabila disoal apa yang telah terjadi pada ayah, ayah hanya menjawab tidak tahu. Kadang-kala ayah kata bahagian sebelah kiri kepalanya terasa kosong. Jalan pun hanya mengiring ke kiri. Kami semua mulai bimbang.
Mujurlah minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan. Selepas ini bermulalah cuti sekolah penggal kedua. Mak mengajak ayah pergi berjumpa dengan doktor panel keluarga kami di Poliklinik Ibu Kota di Taman Seri Gombak. Setelah diperiksa, tanpa berlengah lagi, doktor meminta ayah pergi ke Hospital Tawakal. Pada petang itu juga, ayah dan emak, ditemani abang ipar pergi ke Hospital Tawakal.
Di rumah, tak senang duduk aku dibuatnya. Risau yang teramat sangat. Dialah ayah yang paling baik di dunia ini. Kasih sayangnya pada aku tidak pernah kurang sedikitpun. Sebagai anak yang bongsu, aku memang terlalu rapat dengan ayah. Biarpun umurku telah meningkat dewasa, ayah tetap memanjakanku. Kadang-kadang sampai makan pun masih bersuap. Aku senyum sendirian. Bahagianya aku memiliki bapa sepertimu, ayah!
************************************************************
Setelah beberapa kali bahagian kepala ayah diperiksa, ayah dipindahkan ke dalam wad. Keputusan ujian pertama yang terhasil, doktor mendapati di dalam kepala ayah terdapat darah beku. Kata doktor lagi, sebaik sahaja lebam di kepala ayah susut, doktor akan mengeluarkan darah beku tersebut dan selepas itu ayah akan pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah. Kami sekeluarga kembali lega.
MINGGU PERTAMA, JUN 2004
Keadaan ayah semakin teruk. Ingatannya semakin lemah. Apa yang ayah ingat hanyalah perkara-perkara beberapa tahun yang lepas. Ayah juga tidak dapat mengawal pembuangan air kecilnya. Kami sendiri tidak pasti kenapa ayah jadi begitu. Seminggu di hospital, langsung tiada membawa apa-apa perubahan. Perasaan bimbang kembali mencengkam tangkai hati kami. Setiap hari hanya mampu berdoa, "Ya Allah, tolonglah kembalikan kesihatan ayahku seperti dahulu. Kembalikanlah keceriaan di wajahnya. Pulangkanlah senyumannya, Ya Allah. Amin." Tanpa sedar, aku menitiskan air mata. Ayah, aku benar-benar rindukan belaian darimu….
MINGGU KEDUA, JUN 2004
Sekali lagi bahagian kepala ayah diperiksa. Kali ini pemeriksaan yang lebih terperinci. Ayah dibawa ke Hospital Pakar Ampang Puteri untuk melakukan ujian MRI. Waktu itu ayah ditemani emak dan kakakku. Setelah selesai ujian yang mengambil masa hampir 5 jam itu, ayah dihantar pulang semula ke Hospital Tawakal. Kata doktor, keputusannya akan diketahui petang nanti.
Petangnya keputusan tiba. Doktor meminta agar kami sekeluarga berkumpul. Dengan penuh debaran, kami diberitahu di kepala ayah sebenarnya bukanlah darah beku, tetapi kanser. Bukan hanya di satu tempat, tetapi dah merebak ke lima tempat berasingan dan kansernya telah sampai ke peringkat yang terakhir. Kata doktor lagi, ayah mungkin tidak akan hidup lama. Astaghfirullahalazim. "Ya allah, ujian apakah ini?" Dugaan ini terlalu hebat. Mampukah untuk aku menghadapinya?
Aku lihat mak mula mengalirkan airmata. Begitu juga dengan kedua kakakku. Tapi aku? Tidak!! Aku tidak boleh menangis! Aku harus jadi kuat sekarang. Tabah dan redha dengan kesedihan ini. Aku memejamkan mata dan bermohon kepada Allah S.W.T, "Ya Allah, tiada lain yang aku minta, tiada lain yang aku mohon kepadaMu Ya Allah. Engkaulah tempat ku mengadu. Engkaulah juga Yang Maha Mengetahui segala yang baik dan buruk. Ya Allah, bantulah aku, tabahkanlah hati serta kuatkanlah semangatku." Aku terus menuju ke sisi ayah. Aku lihat ayah sedang tidur. Sungguh damai air mukanya. Dengan sekuat hati aku menahan air jernih ini jatuh, namun aku tetap kalah. Aku menangisi juga penderitaan ayah.
Mak! Mana mak? Rupa-rupanya kakakku membawa emak keluar menenangkan fikiran. Kesian mak. Di usia tua ini, di waktu kasih sayang ayah dan emak bertaut erat, emak terpaksa menerima hakikat yang mak akan kehilangan suami tercinta. Wahai emakku, tabahkanlah hatimu. Kerana sesungguhnya ini adalah dugaan Yang Maha Esa kepada makhluk manusia yang dikasihiNYA.
Setelah tangisan mak reda, kami kembali semula ke katil ayah. Kami bersepakat untuk merahsiakan keputusan ujian MRI daripada pengetahuan ayah. Ini kerana kami tidak mahu ayah hilang semangat untuk terus melawan penyakit yang di luar pengetahuannya.
***************************************************************
Setelah pulang dari hospital, mak menghubungi kesemua abang-abang dan saudara-mara ayah. Kesemuanya seperti tidak percaya. Kata mereka ayah langsung tidak sakit sebelum ini. Jadi, mana mungkin ayah menghidap penyakit berbahaya. Memang aku tidak nafikan, ayah memang tidak pernah jatuh sakit selama ini. Selera makannya seperti biasa, tubuh badannya berisi dan wajahnya sentiasa ceria. Tapi, itulah kenyataannya pakcik-pakcikku, adik kesayangmu kini terlantar di hospital. Sejurus selepas dihubungi, salah seorang dari anak saudara ayah bersedia menghulurkan bantuan. Di saat ini apa jua ikhtiar yang ada, pasti akan kami usahakan. Katanya, dia mengenali seorang lelaki Cina yang mempunyai ubat dari jenis akar kayu untuk penyakit kanser dan mahu ayah mencubanya. Tanpa berfikir panjang, kami bersetuju dengan cadangannya.
****************************************************************
Ubat akar kayu direbus dari malam hingga ke pagi. Hari ini hari pertama kami akan berikan ayah minum ubat akar kayu. Ayah ada bertanya, ubat ini untuk apa. Kami hanya memberitahu, ubat ini adalah untuk menyembuhkan penyakit ayah. Tanpa membantah ayah terus meminumnya. Ayah tak suka, katanya pahit. Lantas aku pegang tangan ayah, "Ayah, inikan ubat...memanglah pahit. Tak apa la, pahit sikit nanti ayah boleh cergas macam dulu." Ayah hanya mengangguk dan terus menghabiskan ubatnya. Alhamdulillah. Ayah minum sehingga berbotol-botol dalam sehari. Mudah-mudahan ikhtiar ini dapat menyembuhkan ayah. Insya-Allah.
****************************************************************
Telah hampir 2 minggu ayah di hospital. Kesan daripada ubat akar kayu dan ubat-ubatan yang diberikan doktor, ayah semakin sihat. Muka ayah yang pucat dulunya, kembali kemerah-merahan. Kata doktor, keadaan ayah menunjukkan perubahan yang positif. Syukurlah. Kami sekeluarga merasa gembira sekali. Langit yang mendung, kembali cerah. Ayah beritahu yang dia teringin pulang ke rumah. Setelah mendapat keizinan dari doktor, dengan hati yang gembira aku membawa ayah pulang.
Di rumah, tidur malam ayah sering terganggu. Dan setiap masa juga ayah tidak dapat mengawal pembuangan air kecilnya. Kesian ayah. Aku tahu ayah turut merasa sedih, namun dari pancaran anak matanya, aku dapat lihat ketabahan hati ayah. Sabarlah ayah...satu hari nanti ayah akan sembuh juga. Selagi ada cahaya, selagi itulah ada harapan.
MINGGU KETIGA, JUN 2004.
Hari pertama, minggu ketiga. Ayah sekali lagi dimasukkan ke hospital. Kali ini di Hospital Pakar Damansara. Pemeriksaan biopsi yang dijalankan bertujuan untuk mengetahui dari mana asalnya kanser tersebut. Kali ini hanya sehari ayah di hospital. Setelah keputusannya keluar, doktor memberitahu ayah menghidapi kanser prostat. Akibat terlalu lambat dikesan, kanser ayah telah menjalar ke bahagian otak melalui pembuluh darah. Selama ini aku hanya mengetahui tentang kanser prostat melalui televisyen. Kanser ini adalah penyakit maut untuk kaum lelaki. Kini, aku benar-benar tidak menyangka, ayahku sendiri menghidapi penyakit bahaya ini. Setelah itu, doktor menyarankan agar kami membawa ayah ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Pada hari yang sama, ayah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Aku tahu ayah dah terlalu penat untuk tinggal di hospital. Maafkan kami ayah. Ini adalah semata-mata untuk mengembalikan kesihatan ayah. Dan pada hari ini juga, rahsia penyakit ayah yang kami simpan, telah terbongkar. Doktor baru yang merawat ayah, telah memberitahu duduk perkara sebenar penyakit ayah. Namun, dengan rasa sebak aku dapat melihat ayah tetap menerimanya dengan redha.
Walaupun terpaksa tinggal di hospital lagi, ayah kelihatan tenang. Sesekali aku lihat ayah ketawa. "Ya Allah, agak lama juga aku tidak melihat ketawa ayah. Sebelum ini hanya senyuman yang singgah di bibir ayah. Tapi kali ini aku bersyukur kerana ketawa ayah telah kembali. Terima kasih Ya Allah."
Tetapi, dalam kegembiraan ada juga kedukaan. Kadang-kala ayah menangis. Tangisannya panjang. Terluka hatiku melihat keadaan ayah. Aku sering bertanya kepada ayah, mengapa dia terlalu bersedih. Katnya, dia ingin sihat, ingin pulang ke rumah dan mengadakan kenduri. Hanya itulah jawapan yang sering diulang setiap kali soalan yang sama aku tanyakan. Ayah, aku juga ingin ayah pulang dan kembali bermanja denganmu!
23 JUN 2004
Hari ini ayah ditukarkan ke wad pemerhatian. Menurut doktor, ayah akan dibedah keesokkannya untuk mengeluarkan kanser yang berada di bahagian tepi otak ayah. Aku lihat ayah menangis lagi. Aku peluk ayah. Ayah diam. Tapi, ayah tidak tahu...hati aku menangis. Waktu begini aku harus tabah. Lebih tabah dari biasa. Aku lihat emak juga telah dapat menerima kenyataan. Jadi, aku harus kuatkan semangat untuk mengharungi kesedihan ini bersama-sama dengan ayah dan juga emak. Untuk menghilangkan kesedihan ayah, aku sering bergurau senda dengannya. Terubat sedikit hati ini tika melihat ayah tertawa riang.
Malamnya aku dan emak pulang awal daripada kebiasaan. Esok kami akan datang seawal yang mungkin untuk bersedia dengan pembedahan ayah. Selepas menunaikan solat Isyak dan makan, kami merehatkan badan. Wajah emak kelihatan ceria. Mak kata syukurlah kerana ayah akan dibedah. Kata doktor, setelah dibedah jangka hayat ayah akan bertahan 3 tahun lagi. Itu dah cukup gembira untuk kami. Sekurang-kurangnya ayah dapat menggunakan masa 3 tahun ini untuk beribadat kepadaNya. Selepas ini ayah akan pulang dan aku akan dapat kembali merasai suapan tangan ayah dan hangatnya kasih sayang ayah.
*******************************************************************
Telefon bimbitku berbunyi..panggilan dari hospital. Jururawat memberitahu, ayah diserang sawan, tetapi keadaannya masih stabil dan meminta agar aku dan keluarga bertenang. Aku dan emak mulai bimbang. Kami menghubungi kakak-kakakku dan kesemua saudara-mara. Tetapi, sekali lagi telefon bimbitku berbunyi. Kali ini panggilan dari kawan ayah yang kebetulan melawat ayah tika ayah diserang sawan. Katanya keadaan ayah tetap tidak berubah dan mendesak agar aku dan emak segera ke hospital.
Sejurus selepas itu, doktor pula menghubungiku, meminta agar kami datang ke hospital. Tanpa membuang masa, aku, emak dan anak saudara yang ketika itu tidur di rumahku, bersiap. Setelah menghubungi kembali kakak-kakakku, aku bersedia di hadapan rumah sambil menunggu sepupuku datang untuk bertolak sekali ke hospital. Mak semakin resah. Begitu juga dengan aku. "Ya Allah, selamatkanlah ayahku. Aku belum bersedia untuk kehilangannya."
Sebaik sahaja sepupuku tiba, kami terus bertolak ke hospital dengan 2 buah kereta yang berasingan. Perjalanan terasa lambat sekali. Di pertengahan perjalanan, doktor sekali lagi menghubungiku, meminta agar kami cepat datang. Aku semakin gelisah. Di satu waktu, aku ternampak cahaya putih melintasi melalui cermin pandang belakang. Tika itu aku dapat merasakan sesuatu yang akan berlaku. Tanpa aku sedar aku terus menekan minyak dan melajukan keretaku.
12.10 tengahmalam......
Setibanya kami di hospital, kami segera ke Unit Rawatan Rapi, wad yang menempatkan ayah selepas diserang sawan. Kami berjumpa dengan doktor yang menjaga ayah. Katanya dia telah berusaha sedaya upaya. Namun, ini sudah ketentuanNya. Ayah tiba-tiba diserang penyakit jantung, selepas mendapat sawan. Terduduk kami mendengarnya. Sedangkan selama ini ayah langsung tiada penyakit jantung. Kenapa pula malam ini ayah diserang? "Ya Allah!" Sambil memohon maaf, doktor minta agar kami banyak-banyak bersabar.
Kami segera ke katil ayah. Kelihatan banyak wayar yang berselirat di badan ayah. Aku pegang tangannya. Aku panggil, "Ayah! Ayah! Adik dah datang." Ayah menyahut walaupun dalam keadaan lemah. Emak meminta ayah membuka mata dan ayah membukanya. Emak senyum. Emak kelihatan tabah. "Abang, Nah nak minta abang ampunkan dosa-dosa Nah dan anak-anak. Halalkan segala makan minum kami ye abang." Ayah mengangguk. Perlahan-lahan emak mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah. Kakak-kakakku telah tiba. Semuanya menghadap ayah. Kami bergilir-gilir mengajar ayah mengucap. Bacaan Yassin turut menemani saat-saat terakhir ayah.
24 JUN 2004
Tepat pukul 1.40 pagi, dengan wajah yang tenang ayah menghembuskan nafas yang terakhir. Setelah 3 minggu ayah bertarung nyawa, akhirnya penderitaan ayah tiba ke penghujungnya. Ayah pergi jua sebelum sempat dibedah. Pergi menyahut seruan Ilahi. Perlahan dan damai pemergian ayah. Patutlah selama ini ayah sering menangis dan selalu menyebut hendak mengadakan kenduri, rupaya ayah telah tahu dia akan 'pergi'. Pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Aku genggam erat tangan ayah. Air mataku jatuh satu persatu.
Kini... genap 2 tahun pemergian ayah. Ayah, aku terlalu merinduimu! Setiap waktu aku terkenangkan saat manis bersama ayah. Aku harus menerima kenyataan yang selepas ini tiada lagi suapan sayang dari tangan ayah, tiada lagi gurauan ayah, tiada lagi senyum ketawa ayah dan tiada lagi kata-kata nasihat dari ayah. Yang tinggal hanyalah kenangan manis bersama dengan ayah. Ayah, damailah kau di 'sana'.
"Ya Allah, tolonglah. Aku tahu aku tidak mampu menerima hakikat ini. Bantulah aku untuk menjadi anak yang solehah. Redha dengan pemergian ayah tersayang."
 Secebis bicara dari c-ira ~ 3:17:33 pm
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|